Rahsia di puncak MOUNTAIN (:
Tuesday, June 29, 2010, ϟ 0 shout(s)
07.17 pm
Suatu hari, seorang pemuda berjumpa seorang guru tua lantas memintanya nasihat dan mengajar petua bagaimana hendak mencapai jejayaan dalam kehidupan. 'Apakah petua dan rahsia untuk berjaya?' Guru itu lantas bersuara: Cuba anakku daki gunung itu sehingga kepuncaknya. Mudah mudahan anakku dapat mempelajari rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya.
Guru tua itu membekal kan anak muridnya dua biji labu, sekotak mancis dan sebilah pisau. esok nya pergilah pemuda itu mendaki gunung sambil membawa 2 biji labu. Setelah lama mendaki, si pemuda mula keletihan. Dua biji labunya tadi menjadi beban. Dia tidak dapat bergrak bebas semasa mendaki. Si pemuda menyoal dirinya. : Apakah rahsia yang dapat dipelajarinya dengan hanya membawa dua biji labu ini?
Biarpun keletihan, tetapi pemuda teruskan juga pendakian sehingga sampai ke puncak gunung. Hari kian gelap, malam pun menjelma. Dek kelaparan si pemuda memasak sebiji labu dan memakannya. Setelah itu si pemuda tertidur dalam kesejukan yang amat sangat.
Keesokannya si pemuda terjaga. Dia tergamam seketika. Gunung yang didakinya menjulang tinggi sehingga pemandangan dibawah kelihatan terlalu kecil. Tpi, apakah iktibar yang dapat dipelajarinya semasa berada di puncak gunung? Setelah puas memikirkannya, si pemuda masih tidak dapat jawapan yang pasti.
Beberapa ketika berada di puncak gunung, si pemuda membuat keputusan turun semula. Si pemuda meninggalkan sebiji labu yang dibawanya di puncak. Perjalanan turunnya dirasakan begitu mudah dan pantas. Tidak ada lagi beban yang digalasnya dan halangan yang ditempuhi seperti mula mula mendaki.
Sebaik tiba dibawah, pemuda lantas menceritakan pengalaman dan halangan yang terpaksa ditempuhinya semasa mendaki. "Tapi, apakah maknanya semua ini guru?" soal si pemuda tidak sabar.
Lalu guru menerangkan bahawa untuk memulakan sesuatu pekerjaan itu amatlah sukar. Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi. Usaha berterusan tanpa jemu amat penting untuk berjaya. 'Perumapamaannya, amat sukar untuk kita menjawat jawatan tinggi tetapi amat mudah pula untuk kita meninggalkannya', kata tok guru.
Si pemuda mengangguk tanda paham. Si guru tua menyoal lagi, 'Di puncak gunung tadi, apa yang kamu nampak?'
'Tak ada apa apa. Hanya nampak rumah rumah kecil, pepohon pula nampak berbalam.' jawab si pemuda tadi. "Begitulah hakikat kehidupan ini wahai anakku. Apabila kamu sudah berada di puncak, kadang kadang kita lupa orang di bawah. Kita hanya pandang sebelah mata sahaja. Kita tidak peduli lagi kesusahan dan kesengsaraan orang lain.
. Hanya satu nasihat hamba, apabila sudah berjawatan tggi, keluarga dan sahabat jangan dilupa. Ingatlah jasa orang yang telah membantumu sehingga berjaya mendaki ke puncak kejayaan. Ucap tok guru lagi.
Guru itu bertanya lagi, bagaimana keadaan semasa di puncak? "Tak ada apa apa tok guru selain sejuk, malam yang dingin, lapar dahaga dan digigit nyamuk sehingga susah nak tidur, jawab si pemuda.
Inilah perumpamaannya apabila anak ku sudah berjawatan tggi. Kamu hanya duduk di dalam pejabat yang berhawa dingi. Kamu perlu memakai baju tebal, kot dan tali leher yang segak. "Tapi apabila berada di puncak kuasa bukanlah mudah anakku. Setiap masalah kena hadapi sendiri. Semakin tinggi kamu berada semakin sukarlah situasi kamu hendak mengekalkan kedudukan dan kuasa. Jika tersilap langkah buruklah padahnya', nasihat tok guru.
Si pemuda mengangguk ngangguk. Barulah dia paham rahsia kejayaan yang diburunya selama ini. "Err, mana dua biji labu yang dibekalkan?" soal si guru. "Sebiji telah dimakan, sebiji lagi ditinggalkan di atas puncak. jawab si pemuda. Si pemuda memberitahu dua biji labu itu menjadi beban dan sukar hendak mendaki gunung.
"Bukan kah anak ku boleh membawa labu dengan guni supaya mudah dibawa? Anakku juga boleh mengisi labu dalam bakul dan kendong di belakang.
"Jadi tangan boleh bergerak bebas menebas semak samun dengan pisau yang diberi, beritahu tokguru tersenyum. Sekarang barulaj si pemudah sedar, pengalamannya yang menjadi guru, penunjuk jalan dan penentu kejayaan atau kegagalan dalam hidup seseorang. TAMAT
P/S: Lepas baca mende alah nie, sedikit banyak aku mula sedar tentang kekurangan diri aku. Ya aku sdar siapa aku yang sebenar. Banyak yang sudah aku ketinggalan. Masa banyak dibuang dengan perkara sia sia dan tidak berfaedah. Result Mid year? Tak usah tanya lah. SEMUA NYA BAGUS. Mushee, sedarlah kau dari mimpi dan alam fantasi kau tu. Hmp, Terima kasih MASTIKA kerana mngeluarkan artikel ini. Saya rasa saya sudah bersemangat dan lebih POWER :D Hee
Labels: Budak baru belajar
new past