Disember mintak couple lah (:
Thursday, November 25, 2010, ϟ 2 shout(s)
Sikit lagi nanti masuk lah Bulan Disember. Eh Disember, cepat nya kau sampai? Laaaaaaah, tak ada jam ke ontheway nak datang sini? Aku rasa November dengan oktober macam lamaaaaaaaaaaaa je baru sampai. Kau ni kejap sangat. Kau naik flight eh? Ke roket? Hm, takpe lah, jemput masuk dulu. Duduk lah. Jadi budak baik tau. Jangan nangis nangis. Nanti penuh air mata. Aku pergi buat jadual waktu dulu untuk kau eh Disember. Sambil sambil tu nak jugak aku cerita pengalaman aku dengan Januari, Febuari, Mac, April. Banyak tahu tak! Tapi semua tinggal kan aku macam tu je. Kau disember, kau janji jangan tinggal kan aku eh? Pastu kau jangan la pergi cepat sangat macam kau datang ni. Kau naik basikal lah. Lambat sikit. Takpe, Januari tak kesah. :)
Kau nak tahu tak Disember. Sebelum kau datang kan, ni aku nak bagitahu ni. Aku benci gila dekat Januari, Febuari, Mac dengan April. Dorang jahat gila. Doraang banyak buat aku nangis. Sebab dorang, umi pon ada nagis jugak oh. Aku bengang gila. Dorang tak pernah nak jadi baik dengan aku. Dorang buat aku jadi makin jahat. Kesian orang orang sekeliling aku jadi mangsa. Tapi time tu aku tak sedar langsung. Sampai lah aku terserempak dengan MEI. Cepat cepat aku mintak break dengan dorang. Bukti dorang jahat, dorang okay je bila aku mintak break. Tak da nangis, tak ada apa. Hm
Mei dengan June, dorang buat aku jadi baik sikit. Alaaaa, sikit pon tak apa lah kan? Janji aku baik jugak daripada time aku couple dengan Januari apa semua tu. Thanks Mei and June. Yang pastinya aku lebih sayang kan June sebab die buat aku lagi better than MEI. Sayaaaaaaaaaaang kau JUNE. Kau buat aku happy sangatsangat. Lagilagi bila kau tak lupa nak datang time birthday aku, 5 JUNE 2010. Awwww, comel kan? Birthday aku sama dengan nama kau lahhh. hihi. Mayb sebab tu lah kot aku sayang kau. Kan kan? Muahh muah dekat kau.
Lepastu aku kena break dengan kau. Aku pon taktahu kenapa. Kenapa semua nak tinggal aku ni? Sedih aku diaorang buat aku macam ni ;'( Nasib baik Julai datang. Lepas tu aku buat keputusan nak berkawan je dengan July. July tak kesah. Dia kata lagi bagus. Dia suruh aku study. Belajar rajinrajin. Jangan banyak main. Nanti Nak dekat exam kelamkabut aku. Nasib baik aku ada bestfriend macam July. Lepas tu, aku jumpa August. August pon sama. Cume dia lagi tegas dari July, dia paksa aku study, nak tak nak aku kena buat jugak. Dia kata jangan fikir apa apa dah sekarang. Semua nak tengok aku berjaya. Ya, aku akan berjaya!
September dengan oktober pon sama. Aku rasa dorang dah sepakat dengan August oh nak marahmarah aku. Hm, tapi aku tahu. Dorang marah sebab dorang sayangkan aku. Tengok, time exam aku boleh jawab je. Terima kasih ye korang. Nasib baik aku tak couple dengan Kaurang, kalau tak nanti aku sedih. Kau rang pon nak tinggal kan aku. Kenapa kaurang same macam Januari? Kenapa korang sama dengan Mei? Hm. Aku maafkan korang. Sebab korang baik sangat dengan aku. Aku pon tak ada nak nagisnagis dah time dengan kaurang. Aku tak da nak buat umi nangis lagi. Aku baik sikit. Better daripada aku dengan januari, febuari, apa semua.
Sekarang ni aku dengan November pulak. Dia mntak couple. Tapi aku cakap taknak. Sebab aku taknak kecewa lagi. Ni pon dia dah nak pergi tinggal kan aku. Dia cakap dia ada hal. Dia kena pergi jauh dari sini. 30 haribulan ni hari last dia kat sini. Dia janji dengan aku next year dia datang jenguk aku lagi. Aku sedih gila ;'( aku mintak facebook dia, email, skype semua. Tapi dia tak nak bagi. Dia kata tunggu je. Disember datang teman aku nanti. Disember, kau jadi budak baik tau? Kau kena buatkan aku happy. Kau nak pergi 31 haribulan nanti pon takpela. Aku redha, sebab aku dah biasa sangat. Tapi nasib baik kau lebih sehari dari November. Atleast takdelah aku teringat kat November sangat. Saya sayang awak Disember.
DISEMBER, PLEASE BE NICE.
satu haribulan nanti datang ya? ==' Hihi.
new past