Kenapa ayat kau macam tu? --,
Wednesday, December 22, 2010, ϟ 20 shout(s)
Siapa siapa yang baru dekat dunia blog ni, kadang kadang mesti tak pernah jumpa lagi type orang orang macam ni. Aku pon sememangnya masih baru. Baru lah tu, tak sampai setengah tahun pon. Aku masih lagi baru dari dunia blogging. Hai senior, otai otai blog. Saya junior awak Hihi :) Hm dalam entry kali ni, aku just nak tegur pada sesetengah blogger yang sangat kreatif dan mempunyai tahap kerajinan yang sangat tinggi untuk mempelbagaikan kaedah typing diaorang. Korang faham tak maksud aku? Er maksud aku macam ni:
hYeWw AwAkZ dAHh MammAm KEwrH bLoWm niEywH?? aWieNie KitEwR nuCkz posT eNtRy pAcAl blablabla,
Okay tangan aku dah lenguh sebab asyik kena tekan shitf bagai. Korang semua tak penat ke? Aku tahu nak baca ayat kat atas pon boleh lelah sekejap. Kena mngeja satu persatu. Ayat rempit lah do. Sorry bagi siapa siapa yang terasa. Aku tahu banyak lagi otai blog dah tegur pasal benda ni semua. Cuba korang tulis elok elok, kan lagi menarik untuk dibaca :) Lagi satu hal bila entry post dia tulis punya ringkas sampai aku pon susah nak faham. Punya save padahal ni bukan text message. Takperlu bayar lebih, tulis banyakbanyak :D
example: g , ty , dan seterusnya.
Aku bukan lah dah otai sangat sampai nak tegur tegur orang, tapi bagi aku tak salah kan kalau nak tegur orang. Biar orang tak buat kesilapan yang sama berulang lagi. Aku jadi serba salah bila orang suruh aku follow dia tapi entry dia satu pon aku tak faham. Dah jadi tanggung jawab aku, kalau aku follow orang aku akan baca entry dia orang everytime aku blogwalking. Aku bukan nak berlagak, i do read all entries that i had followed. Cuma kadang kadang tak khatam lah kalau satu hari tu nak BW dekat semua blog kan.
Cuma part yang paling tak best, bila aku masuk blog orang ayat dia macam hape. Macam rempit. Tolong lah ya, cerita awak dah menarik, tapi tak menarik untuk mata saya. Saya mintak maaf sangat sangat, meh sini saya nak share satu status di Facebook rakan saya Iqa TOLE :
Aku tergelak bila baca. Yes i agree. Macam mana nak follow sayang. Kalau follow pon maybe bende tu hanya akan menaikkan follower awak. Tapi, sayang gila sebab entry awak saya tak kan baca. Saya ada migrain. Saya takboleh tengok ayat awak yang pelbagai tu :) Sorry lah eh, Then one more thing, jangan lah terlalu banyak sangat gadjet, widget dan yang seangkatan dengan nya. Tapi kalau korang rasa korang suka, aku tak boleh nak buat apa kan. Bak kata orang dulu, this is myspace not yourspace. Tapi ni blog version lah , Hhi. Chill guys :D
new past