Cik Bella New Target!
Monday, December 20, 2010, ϟ 10 shout(s)
*Mintak maaf bagi ganti nama AKU kepada yang lebih berusia. :)
Aku tengah bosan, Aku taktahu nak buat apa. Kepala tengah pusing nak carik benda baru untuk dibuat. Fikir fikir fikir! Jap usha shoutmix kejap. Eh ada satu orang bernama nabilahani jerit : BW. Ahhh perkara biasa aku buat hari hari. Singgah jap lah blog dia. Ingat nak tinggal jejak jugak kat shoutbox dia. Eh tak jadi! Ada contest! Ada contest! Join Join Join. Tangan sudah gatal, jari jemari dah berpeluh, kepala tengah ligat berpusing mencari idea. Okay ambil masa jap nak buat story apa :D Hehe jom usha Rules contest ni dulu :)- You need to mengikut blog Cik Bella yang Hotsetapp ni :D I dah follow you tau dear. Kalau korang taktahu macam mana nak follow dia. Meh aku ajar korang semua. Usha je gambar gambar ni. Watch and Learn baby.
*Ini juga bukti menunjukkan I sudah follow blog you :)
- Pastikan tajuk entry korang "Cik Bella New Target!
- Jangan lupa letak kan header cik bella yang comel kat entry yang korang nak buat tu okay baby boo :D
- Certakan serba sdikit tentang diri/hidup/ perangai/ cinta apa apa sahaja berkaitan dengan anda. Pastikan cerita korang tu kreatif, senang difahami, lucu, sempoi, cool sedih dan seketogori dengannya dalam erti kata lain ade FEEL! Lagi feeling lagi bagus. Cerita tentang diri korang yang paling feeling akan memenangi contest ni :)
- Tarikh tutp contest adalah pada 11 january atau sehingga Follower Cik Bella mencecah angka 250 :) Kire tarikh tutup contest ni nanti cik bella akan selalu updatelah tapi buat masa ni ini lah tarikh tutp yang Cik Bella tetapkan dulu ok! :)
- Hadiah dia pon asyukkkk, boleh simpan duet untuk next year. Sebab dah dapat topup dari Cik Bella. Boleh gayut gayut sampai lebam lagi. Haha.
Johan- RM 20 topup
Naib Johan- RM 10 topup
Cerita paling lucu- RM 10 topup
Cerita paling sedih- RM 10 topup
Cerita paling cool- RM 10 topup
CABUTAN BERTUAH PON ADA TAU! Pray to be the lucky one guys :) RM 10 topup too
6. Lepas siap semua ni link kan entry korang kat comment box entry > sini <
Okay, PERMULAAN JE DAH MACAM PANJANG. BELUM LAGI ISI ISI PENTING, KLIMAKS, APE SEMUA. LETS GO THROUGH THIS STORY.
TABIAT PABILA SUBUH,
1. Bila mak kejut suruh bangun subuh,
Mula lah persiapkan segala jenis alasan. Pekak kan telinga. Berdengkur dengan sepenuh hati biar si Emak tahu anak nya sedang tidur MATI! Biar Si Emak penat untuk mengejut Si Anak. Walhal Si Emak tidak berhenti dan tidak akan pernah berputus asa untuk mengejut anak nya dari tidur. Akhirnya Si Anak mengalah kerana dia tahu kuasa Emak nya lagi hebat berbanding Si Anak.
2. Bila Si Anak ke tandas untuk mengambil wudhuk,
Mula lah tangan tergapai gapai mencari paip air. Mata sudah tidak memain kan peranan. Mata sudah lama bertukar shif. Di ganti pula dengan tangan yang tidak mempunyai Deria seperti Mata. Tangan di lakau lakau. Lalu si anak tertidur selama 5 minint di katil yang kedua iaitu BATH UP.
3. Setengah jam didalam tandas,
Si Anak pon keluar dengan mata yang separuh terbuka. Lagak nya seperti amoi cina yang mata sepet. Si Emak pon menjerit dari celah pintu bilik nya, ' Solat elok elok jangan main main ' . Kata kata yang berupa amaran ataupon nasihat? Si anak hanya mengangguk. Lalu die ke tikar sejadah. 2 rakaat seperti tiada rakaat. laju nya Masya Allah --, Akhirnya tikar sejadah menjadi katil yang ketiga =.=
TABIAT PABILA PNP
1. Bila Si Cikgu berjalan menuju ke kelas,
Si anak anak murid mula jadi tak tentu arah, dari blok A dah nampak si Cikgu berjalan lenggang kangkung menuju ke dalam kelas. "Ah, Lepas ni Akaun lah wehh, jum blah". Baru je nak menuju pintu belakang, Zaaapppp, kena tarik dengan ketua kelas. "Pandai korang nak fly kelas kan? Aku tulis nama dlm BKK karang". Si anak murid terus mencebik. Heh
2. Bila Si Cikgu start mengajar,
Mata mata anak anak murid mulaa lah kuyu. Padahal sebelum tu terpekik terlolong tak nampak tanda tanda ngantuk langsung. Habis air liur Si Cikgu meleleh dek kerana terlalu banyak membebel. Masing masing membuat kerja sendiri. Tidak langsung menunjukkan minat. Apetah lagi haritu Si Cikgu memakai baju kurung berwarna merah, kain tudung berwarna biru. Dan yang paling pelik, selipar jepun pon dia bantai. Report pengetua, lalalala.
3. Bila loceng 1.10 bunyi,
Semua murid bangun. Muka yang ngantuk terus ceria. Tidak sedar air liur di atas meja dah boleh jadi lautan oasis. Si Cikgu yang masih setia membebel di hadapan terkejut. Terkejut dengan perubahan drastik Si anak anak muridnya. Apakah mereka disampuk? Kena call pengetua nii, sambil tangan nya sibok mencari handfone di dalam handbag nya. "Terima Kasih cikgu" Si Cikgu mendongak, KELAS NYA SUDAH KOSONG. --, Astaghfirullahalazim.
TABIAT PABILA DIBERI KERJA
1. Bila Cikgu membuat spotcheck kerja sekolah,
Si Anak murid terus berubah menjadi cacing kepanasan. Semalam sibok bermain Dota. Girlfriend diketepikan, Apetah lagi kerja sekolah yang hanya 1 + 1, 2-1. Langsung tidak menarik. Mula lah kelas itu riuh rendah dengan suara si anak anak yang pemalas. Si anak anak lelaki yang gila DOTA. Si anak anak perempuan yang gila barbie. Cikgu yang kecil sudah berubah menjadi singa. Baru mereka tahu tinggi langit dan bumi. Baru mereka sedar Dota, barbie sudah tidak penting. Sekarang baru sedar --, SEMUA BERDIRI DI LUAR KELAS. NYANYI LAGU NEGARAKU! Habis famous 1 minit :)
2. Bila mak suruh membeli santan,
Mak kejap tau, Facebook ni ramai pulak add adik, nak kena approve je. Setengah jam kemudian, "Dik mana santan?" "Alah mak kejap je lagi, Tetibe rasa nak bukak Myspace, rupanya banyak betol orang comment adik. Kene lah balas, Mak kan kata jangan sombong sombong. 45 minit kemudian, "Dik, dah pergi belum?" " Adik tengah mandi, kejap tau. Si emak masih bersabar lagi, kari yang sepatutnya siap 2 jam yang lalu, sudah hangit. DIK KAU JANGAN MAIN KEJAPKEJAP BOLEH TAK?
3. Bila si anak sudah lapar,
Adik: Mak tak masak ke malam ni? Adk lapar?
Mak. Kejap lah sayang, mak kan tengah tengok berita ni.
Adik: Okay.
10 minit menunggu,
Adik: Mak?
Mak: Kenapa dik?
Adik: Dapur macam takde pape nak makan je?
Mak: Kejap, Ni menteri kita nak buat announcement penting ni.
Adik: Yelah mak.
15 minit kemudian,
Adik: Mak, tadi kate nak tggu announcement je, ni kenape FB pulak?
Mak: Mak tengah tanye kawan gaji bulan ni ade bonus ke tidak.
Adik: Kejap ke lame lagi?
Mak: Kejap je lagi, pergi lah main ultraman dulu.
Adik: Hmm.
20 minit seterusnya.
Adik: Mak, nak tanya boleh tak?
Mak: Ape? tanye jelah,
Adik: Tapi mak jangan marah tau.
Mak: Ye tak marah, tanye je lah.
Adik: Mak tengah main game KEJAPKEJAP eh? --,
Mak; pffffttttttt.
Hihi so ni je la cerita yang mamou i reka. Penat jugak dok fikir, haha. Hope interesting, boleh lah tu kan kan? Hahah. Kalau ada nak tambah boleh kan? hihi till then. <3>
new past